Menghimbau kenangan silam yang pernah terlakar di sini. Di sini kita pernah bertemu dan melakarkan seribu cetera.. Di sini cinta terpahat menunaikan susur keturunan.
"BERSAUDARA TULINLAH KITA"

Monday, 5 September 2011

KENANGAN SILAM

PERSATUAN BELIA BIMBINGAN (KBJ)
PUSAT PENGAJIAN SUKARELA
1-A, LORONG LIKU
BAKAR BATA
ALOR SETAR 
KEDAH
Tel: - 722610 - 22

Bangunan keramat inilah telah membentuk anak anak Melayu mengenal erti kehidupan.  Di sini mengajar erti kehidupan. 


......................................................................................................................................................


"Study Group" Afidah bertindak sebagai guru .. cerita punca cerita... nak tujuk kat adik adik .. macam mana kumpulan perbincangan. Dalam gambar.. Ishak Rahman, Mashitoh Hasim, Yusof Karim, Haris Salleh, Sabariah Abd Rahman. Rahim.







bersahabat kita......kenangan tertinggal disana........boleh ker kita kutip kembali ?????
 — with Sal Mazainab tahazumrah osmansalmah ismailku talib,Mashithoh Hashimcop baharomsabikok bahjasni-kubongAfidahSalbiah DrahmanhabibulrahmanJahAK RAMANAbd Rohim Ahmadesa jaafarfauzi zakariayusofSHAHIDANjaafar aziz-vic morroke hasni-pengMALAUSiti Aminahhongdek wazulmaksudek yahMAN SIKkarimChe Md Heir danRASHID LANGK












Dato' Hj Khazali Hj Din


Preview
Dato' Haji Khazali dilahirkan di Kampung Nongka, Mukim Hosba Jitra pada 7 Februari 1955 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Hosba kemudian Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim Jitra. Kemudian beliau memasuki Persatuan Belia Bimbingan bagi meneruskan pengajian pada tahun 1974. Di sini beliau telah lulus dalam STP yang membolehkan memasuki Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau lulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1979 dan memulakan kerjaya sebagai Pegawai Tadbir Bahagian Pemperosesan Data di Ibu Pejabat FELDA Kuala Lumpur sehingga Disember 1979.

Kemudian beliau skim Perkhidmatan Tadbir Negeri Kedah pada 1 Januari 1980 di Pejabat Daerah Bandar Baharu Kedah sebagai Penolong Pegawai Daerah 11 sehingga Oktober 1983 sebelum ditukarkan ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan (Cawangan Am).

Pada 1 Ogos 1987 beliau ditukar ke Pejabat Daerah Kota Setar sebagai Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) dan terpilih menghadiri Kursus Plainning dan Management of Rural Development di bawah rancangan hadiah Latihan Jabatan Perkhidmatan Awam di United Kingdom selama tiga bulan pada tahun 1990.

Pada 2 November 1991 beliau dipindahkan ke Unit Perancang Ekonomi (UPEN) sebagai Ketua Penolong Pengarah dan mendapat peluang sekali lagi mengkuti kursus jangka pendek selama empat bulan di Institute of Social Studies, The Denhague di Netherland biaya United Nation Development Programme (UNDP) pada tahun 1994.

Pada 1 Disember 1996 menjadi Bendahari Negeri Kedah kemudian dipinjamkan sebagai Pengurus Besar Samak Aquaculture Sdn Bhd mulai 15 Mei 1997 sehingga Mei 2000. Berikutnya beliau dipindahkan pula ke Yayasan Islam Negeri Kedah sebagai Pengurus Besar pada 2001 . Di sini beliau sempat mengikuti kursus Pentadbiran Perniagaan Universiti Utara Malaysia selama dua tahun dan mendapat Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan pada 2003. Pada 1 Mei 2004 beliau kembali sekali lagi ke Samak Aquaculture Sdn Bhd sebagai Ketua Pegawai Operasi sehingga Ogos 2007. Jawatan terakhir ialah sebagai Pegawai Daerah Kuala Muda.

Sepanjang Perkhidmatan ini beliau mendapat anugerah Bintang Cemerlang Kedah (BCK) 1991, Ahli Mahkota Kedah (AMK) 1995 dan Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK) pada 2008 oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah

YB. Dato' Haji Hanafi Bin Ramli


Dato' Haji Hanafi dilahirkan pada 6 Disember 1943 di Tunjang, Jitra, Kedah. Beliau mendapat didikan awal di Sekolah Rakyat Sungai Korok Changleh, Mukim Naga pada tahun 1950. Pada tahun 1953, beliau meneruskan persekolahannya di Sekolah Melayu Tunjang. Minatnya untuk menguasai bahasa Inggeris semakin mendalam apabila beliau diterima masuk ke Sekolah Inggeris Sultan Ahmad Tajudin, Jitra walaupun untuk kelas pada waktu malam sahaja.
Setelah tamat Tingkatan 5, permohonan beliau untuk bekerja dengan kerajaan, telah diluluskan. Beliau kemudiannya meletak jawatan dan menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Atas kesempatan berulang-alik ke Medan, Indonesia, beliau kemudiannya mendaftarkan diri untuk menjadi siswa di Universiti Islam Sumatera Utara (UISU) selama 4 tahun dan memperolehi Ijazah Sains Politik.
Kerjaya:
  • Pengerusi Jawatankuasa Perniagaan Kecil Bumiputera
  • Pengerusi Jawatankuasa Industri Tembakau Negeri Kedah
  • Pengerusi Penasihat Pengangkutan Awam Negeri Kedah
  • Pengerusi dan Penasihat Sidang Editor Warta Darul Aman
  • Ahli Lembaga Pengarah KEDA
  • Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Kedah
  • Timbalan Pengerusi PERNAS (1 Mac 1991)
  • Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (1 Ogos 1993)
  • Pengerusi PROMTO Berhad
  • Ahli Lembaga Pengarah Dunlop Estate
  • Pengerusi Eksekutif HBR Holding Group
Penglibatan Politik:
  • Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu
  • Setiausaha Biro Pelajaran Pergerakan Pemuda UMNO Negeri
  • Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tunjang (1978-1981 )
  • Naib Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu
  • Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (28 April 1982)
  • Naib Ketua Bahagian Kubang Pasu (1989)
Penglibatan Pertubuhan Sosial dan Profesional :
  • Setiausaha Kelab Baling
  • Pengerusi Persatuan Pelajar-pelajar Islam Cawangan Negeri Kedah (1967 - 1969)
  • Persatuan Belia Bimbingan Alor Star (1969 - 1973), di mana ia merupakan satu-satunya gerakan yang menjurus ke arah pendidikan kepada pelajar-pelajar Melayu yang gagal meneruskan pelajaran mereka di sekolah kerajaan.
  • Setiausaha gerakan Pertubuhan Belia 4B (1969 - 1978)
  • Pengerusi Gerakan Belia 4B Negeri Kedah (1978 - 1981)
  • Setiausaha Majlis Belia Negeri Kedah
  • Exco Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia
  • Exco Belia Majlis Malaysia
  • Setiausaha Agung Pergerakan Belia 4B Malaysia
  • Ahli Majlis Perunding Belia Negara
  • Bertanggungjawab menubuhkan Yayasan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Negeri Kedah.
Di atas jasa bakti terhadap negeri dan negara, Dato' Haji Hanafi telah dianugerahkan beberapa darjah kebesaran iaitu Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.), Setia Muadzam Shah (S.M.S.), Kesatria Mangku Negara (K.M.N.), Ahli Mahkota Kedah (A.M.K.), Ahli Mangku Negara (A.M.N.), Pingat Pangkuan Negara (P.P.N.), Pingat Jasa Bakti (P.J.K.) dan dilantik sebagai Jaksa Pendamai (J.P.). 

Sunday, 4 September 2011

AHLI WARGA BIMBINGAN


 
DATO' HAJI KHAZALI HJ DIN


JAAFAR BIN AZIZ (VIC MORROW)
JIBIN BIN HANAFI
KAK CIK SIROH
ISHAK ABD RAHMAN

DATO; HANAFI BIN RAMLI


MAD ZALAN BIN ARSHAD
AKISAH BINTI SALLEH
OMAR BIN ISMAIL
SHAHRIN ARIFFIN
SHUKRI (HONG)


















HJ. ZULKIFLE BIN DOLAH